Kalau berpacaran.....lagu terbaru Suhaimi Meor Hassan bersama Ana Raffali dan Altimet memang catchy sekali melodi nya. Pertama kali aku mendengar lagu tersebut, semasa memandu kereta, mengingatkan aku pada lagu Jalil Hamid. Memang ada pengaruh Jalil Hamid dimana lirik nya sungguh "straight forward" dan senang di fahami. Masih seperti lagu lagu Suhaimi yang dulu dimana ada unsur unsur "folk" dan sememangnya lagu seperti ini mudah "mesra majlis". Ini bermakna lagu seperti ini boleh didendangkan di mana mana, contohnya, dari majlis kahwin sehingga ke konsert konsert besar. Pernah pada satu majlis perkahwinan, para hadirin tiba tiba menjadi sungguh asyik apabila seorang penyanyi (dari kalangan yang hadir) naik ke pentas menyampaikan lagu Bila Berpacaran secara karaoke. Perubahan ketara suasana amat dirasai dimana pada mulanya, para hadirin disajikan dengan lagu rock dan ballad yang tidak kena pada tempatnya.
No comments:
Post a Comment