Wednesday, June 8, 2011

The most wanted cucur!

At Lorong 6, Taman Matang Jaya, you will come across a stall selling the most delicious cucur pusuk ( ikan bilis) and crispy goreng pisang in the world. Dont believe? Better try!

Yes...there are many stalls selling goreng pisang and some other fried cucur but I have never come across the extra ordinary taste of the popular cucur pusuk and the marvelous crispy goreng pisang kepok and tanduk. Selling at reasonable price, you will always get the cucur hot directly from the wok,.......you can never have the chance to see the cucur on the tray even for just a few minutes. The demand is great.

You buy it today and you will buy it again...believe me!!!!!!

Tuesday, June 7, 2011

Class of '79 St Joseph Reunion 2012


The above photo was taken during the reunion at The Tribes 2007. I heard there will be another one coming soon in 2012 ( actual date unknown). I really hope this time for a bigger crowd as most of us will be 50 (oooppss sorry....) ....and our time is running out.

Monday, June 6, 2011

Cafe Music?



Bermain musik untuk beberapa bulan akhir tahun 2010 di sebuah restaurant sekitar Matang Jaya adalah pengalaman baru walaupun dah lama bermain musik. Apa tidaknya, saya dikehendaki bermain bermula pukul 8 malam sehingga 12 malam. Biasanya, kalau di tempat lain kita mula pada pukul 9 malam.

Bermain dengan sistem bunyi yang ala kadar lebih menyakitkan dari suasana yang agak tidak selesa. Saya agak terkejut bila saya diberitahu harga PA system tersebut. Mungkin kah saya yang jahil tentang harga pasaran sekarang ataupun putar belit si penjual sistem tersebut. Kadang kadang kita tersilap beli sesuatu barang dan kita kena pasti sistem indoor dan outdoor mungkin berbeda dari segi harganya. Walaubagaimanapun, kalau sesuatu barang dah mahal maka mutu nya pun yang terbaik juga dan bukan nya ala kadar. Nasihat saya, beli lah sesuatu benda yang kegunaannya dapat dimanfaat sepenuhnya dan jangan bayar berlebihan dimana ianya akan menjadi "under utilised".

Tetapi semua itu tidak mematahkan semangatku dan saya tetap membuat persembahan yang terbaik bersama penyanyi muda yang lebih dikenali dengan nama YUS (Dormani Hotel)

(gambar dari atas : Yus, Faded Fendee & Yus)

PENYAYAU KUMANG


Gambar dari atas: Fir Affandi, Tony Eusoff.

Drama Iban yang berjodol Penyayau Kumang yang ditayang di RTM TV2 pada 5/6/2011 pukul 1010 malam mengisahkan pengorbanan seorang insan bernama Bayang lakonan Toni Eusoff dan Fir (Bayang ketika berumur 20 tahun) . Aku merasa bangga dapat menonton sebuah drama yang bercakap dalam bahasa Iban ditanyangkan di TV nasional. Inilah pembaharuan yang sungguh positif. Kenapa kita boleh tayang filem Filipina, Korea dan sebagainya. Maka saya tabik kepada pendedahan ini dan mengalu alukan lebih banyak lagi drama tempatan untuk ditayangkan supaya seluruh rakyat Malaysia akan lebih didedahkan kepada kaum kaum etnik yang ada di Malaysia. Saya menulis bukan nak komen pasal cerita ini, tapi lebih kepada rasa bangga kerana cerita Iban pun dah berada di persada seni tanah air. Tahniah kepada yang terlibat dan saya berharap akan ada lagi cerita cerita dari Sarawak atau pun Sabah yang lebih bermutu dapat diketengahkan lebih lebih lagi dengan pelakon pelakon berbakat dari Sarawak.

Sunday, June 5, 2011

Kalau Berpacaran


Kalau berpacaran.....lagu terbaru Suhaimi Meor Hassan bersama Ana Raffali dan Altimet memang catchy sekali melodi nya. Pertama kali aku mendengar lagu tersebut, semasa memandu kereta, mengingatkan aku pada lagu Jalil Hamid. Memang ada pengaruh Jalil Hamid dimana lirik nya sungguh "straight forward" dan senang di fahami. Masih seperti lagu lagu Suhaimi yang dulu dimana ada unsur unsur "folk" dan sememangnya lagu seperti ini mudah "mesra majlis". Ini bermakna lagu seperti ini boleh didendangkan di mana mana, contohnya, dari majlis kahwin sehingga ke konsert konsert besar. Pernah pada satu majlis perkahwinan, para hadirin tiba tiba menjadi sungguh asyik apabila seorang penyanyi (dari kalangan yang hadir) naik ke pentas menyampaikan lagu Bila Berpacaran secara karaoke. Perubahan ketara suasana amat dirasai dimana pada mulanya, para hadirin disajikan dengan lagu rock dan ballad yang tidak kena pada tempatnya.