Tuesday, June 29, 2010

Sempadi sandy beaches




Sunset at Sempadi beach









Just 45mins drive from Kuching to Kpg Sempadi and you will find a beautiful sandy beaches of coconut palm.

Sunday, June 20, 2010

Berpanas panas goreng pisang panas

Pisang goreng dihidang panas panas bersama dengan kopi panas................waduhhhhh...sungguh enak dan lazat. Dengan RM1.00 anda boleh dapat 6-8 pisang goreng mengikut tempat. Setengah tempat menjual 5 pisang goreng untuk RM1.00. Suatu perniagaan secara kecilan tapi memuaskan. Yang penting perniagaan begini tahan lama, cuma masalahnya adalah untuk mendapat bekalan pisang. Jenis pisang yang biasa digunakan ialah pisang kepok dan pisang tanduk. Ahhh....kalau pisang tanduk harga nya agak mahal sebab itu harga pisang tanduk goreng adalah RM1.00 untuk 4 sahaja. Yang peliknya, pisang goreng amat laris jika gerainya di tepi tepi jalan. Kalau nak jual dalam restoran, memang kurang penjualannya.
Kesedapan pisang goreng bukan hanya bergantung pada bahan bahan tepungnya tapi juga pada stail dan cara mengorengnya, kawalan apinya dan juga pada pisang itu sendiri. Tapi yang amat penting sebagai pelarisnya ialah keadaan gerai, persekitarannya dan juga pekerja pekerjanya.
Secara peribadi gerai pisang goreng di Lrg 6 Matang Jaya, memang sedap dan nyaman. Bukan setakat pisang goreng panas tetapi ada satu lagi goreng goreng di gerai itu yang menjadi tumpuan penduduk sekitar kawasan itu......CUCUR PUSUK. Kalau tak percaya boleh cuba sendiri.